huahh...Saya menggeliat.Rupanya dah subuh la. Saya begitu kesejukan kerana malam tadi saya terpaksa bererbut selimut dengan Aiman Hakim. Kejap saya dapat..Lama Aiman dapat balik..Lepas tu saya ambil semula selimut tu..Aiman rebut balik. Last2 saya mengalah, saya pun tidurlah dengan kesejukan di dalam nyatoh 5 dengan hanya memakai sweater yang dipinjam daripada sahabat saya..Kesian saya.Tu la siapa suruh x bawa selimut.'Dia' dah suruh bawa dah. Cuma saya je malas..ehhe
Bilik kami diketuk oleh ust Hidir tepat jam 6 pagi.Saya pun bangun la bersama dengan rakan senyatuh saya.Kami solat subuh berjemaah berlantaikan pasir berbumbungkan kanopi kerana pagi tu hujan renyai2. Selepas solat subuh, Hazwan selaku ketua XPDC F3 ke Pantai Timur memberikan sedikit tazkirah pendek di bawah tajuk 'April Fool'. Walaupun ringkas tetapi amat bermakna buat kami semua kerana bukan senang nak tengok Hazwan ni bagi tazkirah..hehe..
Lepas solat subuh selesai, kami pun tukar pakaian untuk menuju ke pantai bermandi-manda di lautan yang terbentang luas. Memang best mandi laut dan main ombak di Terengganu tu. Ombak dia besar juga la tapi memang best ar.Sambil mandi2 ni pun kami sempat bergambar..hehe



Lepas bermandi-manda, kami adakan acara sukaneka, acaranya seperti cari gula2 dalam tepung dan pasir dan baling belon. Sebenarnya banyak lagi acara yang kami nak buat tapi kesuntukan masa sebab kami nak mandi di pantai lama2..hehe..
Jam menunjukkan pukul 9 pagi, kami semua bersedia untuk sarapan pagi selepas bersiap-siap di nyatoh dan seraya masing2. Kami akan ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man yang terletak Kuala Terenggnu. Di sini juga terlataknya Masjid Kristal dan Sungai Terengganu. Sampai sahaja di sana, kami diminta untuk membayar RM 5 untuk menaiki river cruise menyusuri Sg. Terengganu.
 |
sementara menunggu bot sampai |
 |
mencari pulau yang hilang di Sg Terenggany |
 |
penat mendengar bebelan pemandu pelancong |
Lepas kami turun bot tu, kami pun terus menuju ke Taman Tamadun Islam untuk bersiar-siar sambil mencari ilmu tentang sejarah dan kestimewaan masjid-masjid di seluruh dunia. Saya seperti biasa akan berjalan bersama-sama dengan sahabat saya. Rasanya kami banyak bergambar dekat sini kot. Tapi oleh kerana bateri kamera nyawa-nyawa ikan, kami hanya sempat menangkap sedikit saja gambar semasa di sana.
 |
Replika Masjid Nabawi, Madinah |
Di situ juga kami dapat mengenali banyak masjid yang kami tidak ketahui sebelum ini..hmm..Lepas dah penat jalan2 tu kami ke Masjid Kristal untuk menunaikan solat Zohor. Sampai di sana je, saya terus cari plug untuk caj kamera..hehe..kat sini x kene halang oleh pakcik siak..hehe..
Tepat je pukul 2 petang kami sudah berada dalam bas untuk menuju ke Pasar Payang. Pasar Payang ni macam Pasar Seni ar, tempat untuk membeli cenderahati dan pakaian2. Macam2 benda dijual kat sini. Kami diberi masa sampai pukul 4 untuk membeli belah di sini. Saya hanya beli baju untuk saya dan ayah saya dan sempat juga saya beli keropok. Lagi satu, saya belikan keychain 2 penyu untuk saya dan 'dia' sebagai kenang-kenangan..hehe..Sahabat saya pula beli keropok, bantal, keychain dan t-shirt untuk sahabat saya dan...entahlah..saya pun x tau lagi satu tu untuk siapa..hmm..
Selepas syok bershopping di sana, perut kami lapar la pula. Kami singgahlah di warung di sana. Kami makan nasi goreng cina dan sirap limau. Sikit je dapat makan tapi kami telan je la sebagai alas perut.
Jam menunjukkan pukul 5 petang. Selepas selesai solat asar, kami menuju ke pantai untuk bermain bola. Ada juga yang bermandi-manda. Tiba2 kami dikejutkan dengan ada dua orang antara kami telah disengat oleh binatang pe ntah..saya pun x ingat..hehe..Dua2 pula dari nyatoh 5- Hazwan dan Atif..ish3..hmm..Itulah saja trip kami pada hari kedua di Terengganu. Malam ni lah malam yang terbaek saya di sini. Nak tau pe yang best..hmm..Nantilah saya coretkan..Sekarang saya nak pergi makan sekejap..
TO BE CONTINUED...
0 comments:
Post a Comment